music box

Tuesday, September 28, 2010

on hiatus

tuan empunya blog sedang cuba bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran demi test yang akan diadakan pada hari isnin minggu hadapan





oh, i really need all the luck in the world. =.=


Thursday, September 23, 2010

istiqamah

saye rase, mmg ade kebenarannya petua membasuh rambut yang disyampoo dgn air panas2 suam kemudian disusuli pula pembilasan rambut yang telah diperapkan dgn conditioner dgn air sejuk.

rambut lebih terurus.~ :)

saya rasa lah.

aip!

malang sungguh kerana kerana otak dan hati tidak boleh fokus kpd buku2 ilmiah!

benciiiiiii!

fokus mana fokus? jgn men sorok2 ha. saya tak suka~!



notatangan : teringin pula nak main2 betting sama shakhir. so 20k ka 10k encik?


Monday, September 20, 2010

meet my tummy

oh tidak. bkn nak buat tiger show belly2 dancing ble tajuk entry begitu. jgn kecewa.

meh kite kenal2 dgn air sedap nih.
actimel, yogurt drink by danone. sungguh sedap. perasa original yg terbaik. ya, yg ori itu selalu yg terbaik. antara khasiatnya ialah ia dpt mengukuhkan sistem imune kita. oh, khasiat yg itu side saja bagi saya. yg penting ia dpt mengelakkan mkn benda2 merepek di tgh2 mlm lantas dpt elakkan penambahan lemak di merata-rata. itu paling penting.=.=

oh, hampir telupe pula nak kenalkan kawan actimel yang bernama 'oldtown white cooofeee'. nak jugak die selit dlm gamba.juga air yg sedap.mmg high kalau minum.bagus utk jegilkan mata terutama sekali ble exm lagi 2 hari, bru nak tehegeh2 terkalut2 nak bace buku =.=.

sekian, air sedap anda pula bagaimana?

Tuesday, September 14, 2010

ya, kalau ada anak sdh boleh gigih-gigih register masuk tadika


16 sept. tarikh keramat.
sebenanye tuh bukan lah the exact date pn. im bad at memorizing numbers. harapkan reminder ajelah. 16 sept dipilih kerana apa ya? saya pn xingt. tp yang pastinya we both acknowledge lah bahawa date tersebut adalah ulang tahun kami menjalinkan hubungan cinta. cewah~

sdh 7 tahun bersama rupa-rupanya. buat calculation berkali2 utk memastikan btulkah sdh 7 tahun hubungan ini dibina? cewah sekali lagi.

16sept 2003 --> 2004 (1 year)
2004---> 2005 (2 tahun)
2005---> 2006 (our 3rd year)
2006--->2007 ( 4 tahun)
2007--->2008 (5years together)
2008--->2009 (6tahun sudah)
2009--->2010 (btul 7 tahun yaw~)


tahniah te'ah.tahniah!~ *clap*clap*

anyhoo, unlike previous years, this year, perasaan bercampur baur. happy ada, sedih ada, takut pn ada. happy sbb masih bersama si dia dan sentiasa bahagia. sedih kerana wpun sdh 7 tahun bersama, si jejaka masih mengelak utk berbincang ttg masa depan bersama. takut memikirkan apakah si jejaka benar2 serius? adakah die sedang berusaha ke arah 'itu'? atau dia masih bersikap sambil lewa?

entahlah.

time is running out, bebeh.

notatangan : thanx jejake kerana sentiasa berada di sisi di saat2 gembira, bahagia, terutama sekali di saat2 genting yang amat. terima kasih kerana setia. terima kasih kerana memahami. semoga kita berdua berjaya mencapai impian masing2 ya? amin~

how was your raya, everyone?

mine was goo00ood i would say :).makan nya sedap2. dpt mingle2 sosial2 dgn org sekeliling. eventho, as usual, every year sambut raya without org-org yg tersayang (oh, saya pasti saya juga syg org2 di galway nih. tp u know lah kan maksud saya syg yg mana satu kan?)

namun, this year for the first time xde juadah raya di pagi raya. no rendang, no masak lodeh, no ketupat. na-ah.na-da.none. juadah pagi raya mcm omputih gayanya. subway + mocha butler *slurp*. nak balas mengidam punya pasal. alkisahnya, since raya jatuhnya pada hari jumaat, kami satu rumah pun decide utk masak2 on malam 1st day raya instead of malam raya. ke-busy-an masing2 menghambat diri. at least mata xkan sembap di pagi hari raya spt tahun2 sudah. aha! jadi dptlah jugak mkn juadah raya pd mlm harinya sambil tgk cerita kl drift. buat kutukan2 sosial sikit.dh kenyang trus msk tido. mana tak perut maju ke depan =.=

owh. raya wasnt that meriah lah boleh dikatakan. org2 melayu dh makin kurang kat galway nih. kalau dulu buat takbir sampai ke halway2 tuh ha penuh org.duduk kene himpit2.lutut bertemu lutut. mesra yaw~ tahun nih? hall room tuh siap ade lompong2 lagi. since raya dkt dgn kelas,ramai amik kesempatan buat cuti sendiri nak raya di malaysia lah tuh.jeles i~

open house pn xbyk ok. kalau dulu berebut2 nak pilih hari. skang nih dh abis over the weekend raya aja. tp sempat gak ah lenguh2 kaki berjalan dari rumah ke rumah. at the end of the day jadi ular sawa terbongkang kekenyangan. burp~ alhamdulillah, excuse me.

oklah.biar aja gamba2 di bawah menceritakan sendiri sedikit sebanyak suasana beraya di perantauan.













mak, ayah, adik beradik, sedara mara, jejaka, mintak ampun naaa~ :)

Thursday, September 9, 2010

Happy eid mubarak everyone :)

Ireland nak buat suprise kononnya raya kamis instead of jumaat. Yakni bermaksud puasa hanya 29hari bagi yang penuh puasanya lah. Kelam kabut sume nak bli brg msk segale since xprepare pape pn. Masak ape pn stil xbuat meeting over the table. Kene pikir jugak nak bawak potluck ape utk takbir nnti.

Alih2. Dpt msg yg ckp raya ari jumaat. Imam besar galway cnfirmkan balik dgn society yg bertanggungjawab ttg hal ehwal muslimin muslimat kat ireland nih. Makanya, tak terlambat lah utk saya mengucapkan~

Selamat Hari Raya!!!

Kita o-0 kan?

Sent from my iPhone

Wednesday, September 8, 2010

akward feelings that i just cant ignore.sigh~

nak balik rumah please.
i just dont feel like myself lately.
and i will only be ok if im with the people back at home.


ultimate despair

te'ah, mungkin kau perlu laksanakan langkah-langkah spt yg tertera di bawah:
  • jgn absent mided sgt. bgn pagi lambat sedar-sedar matahari dh nak terbenam dh.xelok sungguh
  • stop thinking about what other people think about you. biarlah apa yang diorg nak pikir. itu hak diorg and kau pun ada hak utk tidak memikirkan psl diorg.
  • dah smpai masanya utk te'ah-carefee-happy2-positive thinking utk muncul. dah lama sgt dh that part of you hilang.
  • jgn skeptikal.jgn jadi judgemental

hopeless. =.=

Monday, September 6, 2010

im a sucker for cherita chenta


dah bergelen-gelen tgk k-drama, k-variety and j-drama. shining inheritance, boys over flower, 1n2d, we got married, just to name a few of my favourites. among these my long-term fav would be 1n2d. its a weekly variety show. i follow every single episodes and i can even watch it raw (without the eng sub) and pretend that i know what the mcs are talking about just by reading their facial expressions and body languages. im a die-hard-fan to that extent. however, recently i found my true love.love that makes your heart go thump-thump i tell you.

1n2d
MGIAG

haaaa..can you you spot the similarity? its lee seung gi.teheee~ (blush.blush). no wonder lah kan jatuh cinta kembali.
i adore this guy. he's potrayed as the perfect celebrity in south korea. a degree in finance and marketing (if not mistaken), an excellent student with good grades back in school days, a good singer, a talented actor and a lovely mc. well known for good manners, hardworking, humble and down to earth. wide smile with dimple. aaaaaiiihhhhh. cair lah hati ku ini. ^^

anyhoo, kalau nak cerita psl seunggi nih, mmg meleret-leret lah nnti entry nih. fokus aja kpd cerita My Girlfriend is a Gumiho (nine-tailed fox) aka MGIAG
trust me, this story is a non-typical love story. bukan cerita cinta pandang pertama. fyi, i dont really believe in love at first sight. itu bukan lah love, itu crush namanya. that is my opinion. you can have your own, i dont mind :).

quoted from a blog talking about this drama " I love how fast we’re progressing plot-wise, and yet how slowly the relationship is developing between our leads". well said!

antara benda-benda tipikal utk k-drama.
  • heroin tersalah dengar perbualan between hero and 2nd lead lalu membawa kpd perselisihan faham yang xsepatutnye terjadi pn at the first place. apalah salahnye kau tnggu aje saje perbualan tuh habis.nih tidak. smpai tengah jalan konon xleh handle trus blah. xsakit jiwa kite yang menontonnye?
  • ape lah salahnye kau trus aje tnye direct sama itu hero. nih tak. pendamkan aja perasaan tuh.makan hati berulamkan jantung. jantung viewers nih ha lagilah rase dicucuk-cucuk.
  • macam tipikal for a k-drama juga, the heroin tuh kene lah seorang yg xkan membenarkan apa yg bermain-main dlm fikirannya (kata hatinya.ewah). nak tnggu ujung2 episod bru nak cnfess bile the jejake dh separuh mati jaga perasaan kau. haih.
tp tuh lah kan. dh namenye cerita. kate nak tarik viewer kasik rating tnggi2. kenelah bermain emosi.

tetapi lain pula konsepnye lain pula for MGIAG nih. slh faham ttp ada, itu lumrah, cuma xperlu amik mase 3 4 episod utk clarify slh faham tuh. kadang2 tuh xsmpai 10 minit dah selesai dh. and in this story, heroin dia mmg frank habis. direct terus ckp " i like you dae wong [translated]". cume the hero lah dlm denial since heroin tuh bukan manusia. haih~ cinta itu kan buta =.=

and xde lah isu nih bukan anak sebenar, perebutan harta is a no-no and xde ruang lansung utk 2nd lead menganggu gugat hubungan antara hero dan heroin (buat masa nih lah). 2nd lead yg annoying tuh mmg wajib~ its freshening to see how the leads develop their feelings towards each other. honesty is the best policy.theres no doubt about it. :)

and i dont like complicated things. kalau nampak gaya-gaya cm ade jejake yg cuba mencuri hati, ill ask directly to them " do you like me?" and trust me, i did it once.
with shakhir pn cmtuh, we both ckp pe yg kitorg nak ckp. smpaikan mcm dh xpayah nak jaga hati masing2 dah. lebih tenang rasanya relationship yg begitu. im not a drama queen and i dont like seeing one too.

tapi tuh lah, manusia nih macam2 karenahnya. itu variasi namanya.kan? :)


notatangan : k-drama, k-variety (korea)
j-drama (japan)



1 malaysia tak bermaksud 1 religion






that was exactly what shakhir said while we were ym-ing. jom cekidaut dulu video nih sebelum
kita menyentuh mengenai tajuk di atas.cewah.





lepas tgk ad nih, i dont even give a damn pn sape pembuat ad nih. sape yg kuakan. sbb malas.malas sgt. crap gile iklan nih. i repeat.crap. membazir duit and even menambah dosa-dosa org yg bakal kutuk mengutuk, kata-mengata apabila berbicara ttg iklan yg crap nih. i repeat.crap.total crap. dan ya, dgn mengulas mengenai ad nih, dosa saya juga nampaknya akan ditambah. haih.

to heck with the konsep pakcik bawak beca. nih bukan iklan cuti-cuti malaysia wahai rakan-rakan. dan kita bukannye sedang menyambut perayaan berganda dgn rakyat malaysia yang menganut agama hindu,buddha mahupun kristian. ya, kita sering dicanang-canangkan dgn slogan 1 malaysia. 1 malaysia doesnt mean 1 religion, dude. i appreciate the effort utk menunjukkan bahawa kita 1 malaysia tru this ad, but please, religion is a sensitive issue. xkira lah org tuh islam kah, kristian kah, buddha kah, hindu kah. theres always a limit to everything. bila kua ad yang macam nih, masing-masing rasa tersentuh hati. and then people will start blaming each other. small issues akan diperbesar-besarkan. kan xmolek dah tuh~

kite mmg lah berlainan agama, bangsa dan bahasa yang tinggal di dlm satu negara yang sama.kita diajar utk tidak membeza-bezakan. and thats when understanding and respect come into context. kita respect org yang beragama hindu ke kuil utk menunaikan tanggungjawab mereka, org yang beragama kristian perlu ke church setiap hari ahad, kite juga menghormati org yang beragama buddha menyembah patung di tokong-tokong. begitu juga yang lain perlu menghormati tanggungjawab umat islam yang wajib melaungkan azan 5kali sehari. kompromi itu amat crucial sekali.

jadi tidak perlulah wujudnya iklan sebegini. yang mana hanya akan mengeruhkan keadaan di malaysia yang sememangnya sedia keruh tuh. sebab kalau dh sentuh bab2 agama, percayalah, irrational actions yg akan melebihi mende2 yang rational. org yang panas hati jarang dpt berfikir secara waras.

team yang luluskan iklan nih dh buta mata agaknya.haih.kasihan~


notatangan : iklan mak ayah menunggu anak2 pulang ke kampung halaman dh xrelevan kah? kehilangan yasmin ahmad mmg memberi impak yang mega besar rupa-rupanya.



Sunday, September 5, 2010

the way i see things

thanks to you google

2 mlm lepas mlm muda mudi tgk movie. oh. tidak, bukan tgk movie tru that huge screen yg menelan belanja 8 euro (more or less) tuh. me and my housies tgk movie tru laptop aje. bes wo, boleh golek2, nak snack xperlu baya, nak gi toilet xperlu hesitate2, kalau kepale2 yg besar tuh direct je kau sound "weh.xnmpak ah.tepi sikiiiit".yang penting xperlu jalan yaw.

kitorg x berjanji utk tgk together2 pun. its just that, bile sorg dh menghuni bilik sorg nih, then dtg org kedua, yg ketiga pun menjelma tunggu yg keempat je kire dh full house lah. mula-mula tgk cerita boyfriend kesayangan, my girlfriend is a nine-tailed fox. sekali laptop yg hot buat2 merajuk trus padam. makin buat perangai die nih lately =.=. then, haz pun offer lah laptop dia yang masih bau kedai tuh.

tah pe yg dh merasuk pemikiran masing-masing, we decided utk tgk movie melayu. oh, iya. sumenye sbb dh terpetik cerita ahadiat akashah, lagenda budak setan. xpernah dga? isk2~ dh lame xbace paper, xbukak tv gamaknye.

search2 youtube, malangnya xdak sapa yg rajin upload crita nih. smpt tgk trailer aja. smpt gak ah rasa meremang2 bulu roma smpai ke tengkok. urghh.

akhirnya, pilih utk tgk adnan sempit. since i heard lots of praises being given to this movie. so ape salahnye utk tgk dan lihat sendiri betulkah ape yang dicanang-canangkan.
well, xtahu lah sbb tgk dgn girlfriends ke or mmg sbb cerita nih kelakar (i mean, kelakar without those stupid jokes). ketawa berdekah-dekah dari awal smpai habis cerita.
dialog-dialog lu, gua, saya, awak, obsess towards ur own bos, the pakcik who constantly singing karaoke-ingly dah mcm ost utk movie, the accident with kepala putus then few days later bru jumpe tergolek dr atas pokok, the pukul-memukul, percubaan rebut tender dgn penipuan. mmg semua adalah dlm movie nih. and oh, opening ngn closing cerita dia mmg terbaik. its an example of kecederaan/kemalangan/kesakitan org lain yang menjadi penghibur org yg menontonnya. xde rasa kesian langsung ok.

well, setelah menghabiskan mase selame lebih kurang 9omin menonton, ini antara nilai-nilai murni yang berjaya diperolehi. jika ini yang cuba disampaikan oleh pengarah.tahniah.karya anda mmg jjang!

  • gua, lu mmg bahasa rempit
  • nyawa mat rempit mmg liat. jatuh bangun jatuh bangun jatuh lagi, tadehal lah bro. keazaman yang amat tinggi macam nih, kita boleh terapkan dlm diri masing-masing. tgk. mat rempit pun boleh bagi contoh yang baik tahu?
  • xada ruang utk berbincang dari hati ke hati. salah sikit kita bagi penumbuk buku ruas masing-masing.
  • mat rempit pun ada juga keinginan utk membina masjid. tp kalau cuma berbekalkan duit 5 ringgit dalam bank, jgn berangan.
  • reunion adalah masa utk show off apa yang anda dh buat dan capai dlm kehidupan anda.
  • malaysia mmg xsesuai utk pasaran kereta-kereta yang boleh bukak bumbung tuh. panas boleh handle, macho mmg macho.tp kalau kene rompak org dh xpandang dh sume tuh.
  • jgn rude dgn mak ayah.
  • sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
  • bini kau akan sentiasa makan hati dgn perangai kengkawan kau.
  • tubuh kita adalah amanah. jadi jangan biarkan diri kite terdedah dgn perkara-perkara yang boleh mengganggu gugat amanah tersebut.contohnya dgn menghadirkan diri ke pertandingan lumba tak halal atau menjadikan diri 'batu'
  • minah rempit mmg kene ganas dan keras hati utk survive.
  • muka ganas, gaya keras tp dalam hati ada taman yaw.
  • yang paling penting, xsemua naik motor tuh mat rempit. kalau dah kerjenye hanta surat naik motor nak buat mcm mana?

yang belum tgk tuh.boleh lah pelan-pelan kayuh try tgk.youtube ada.kalau nak kualiti lebih sikit crk lah dvd dia. jangan beli yg cetak rompak.appreciate sekali sekale effort org len.


byk movie yg mengupas realiti (or what we shud know) about remp-it nih since dh mmg isu hot zaman ke zaman.mungkin lepas nih akan ade byk movie pasal org buang bayi pulak ke?


lenguh dh tgn menaip nih. jumpa di lain entry :)

toodles~

notatangan : jjang = the bomb/hebat/mantap

Saturday, September 4, 2010

High 5

Sedap yang amat wafer bersalut coklat nih.apetah lagi kalau offernya 50%extra free dgn harga 3euro.mmg berbaloi-baloi.

Friday, September 3, 2010

Unbelievable

Teah is doing cross stich.i tell you.cross stich.
boleh tahan jugak die punye ralit time nak kire2 kotak.masuk2 benang.fuh.xsaba lak nk tgk final product.nak frame, gantung, tgk bangge2 sket.heh

Thursday, September 2, 2010

retail therapy

just came back from shopping. my 1st shopping sejak pulang ke tanah sejuk hujan selalu ireland. had such a greeeeeeattttt shopping time with haz. (thank you lah cik adik sbb snggup pujuk rayu ajak kua gi town sbb xnak bagi teperap kt umah eh? mmg habis terbakar kalori dlm badan, hangus duit dlm bank. =.= )

ill update later lah with pictures of the goodie-goodie that i bought tadi. my legs mcm dh nak start-start cramp dh nih. boleh pelan-pelan kayuh balut diri dgn duvet and then tido.


gud nite peeps~

Wednesday, September 1, 2010

vain yaw~

damn it you jerawat.berdenyut-denyut pulak kau eh. =.=

btw, now im using acne serum from iqqubeauty.com (unfortunately u can only buy it online).fairly impressive i would say. mcm dh kurang sgt lah jerawat-jerawat kecil yang rase mcm nak kutil-kutil tuh. cuma skang nih, since dh sampai time kan, mmg wajib lah jerawat-jerawat besar bermaharajalela. urghh!




serumpun ke?


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/20100901031322/Article/

shakhir forwarded this link just now. when im in ireland,he's the one yg akan provide me with latest (gosip panas) news since im not into reading online papers or watching buletin utama when im here. tp ble kat malaysia, dari muka hadapan sampailah ke berita sukan, satu-satu akan dibaca. i guess, i really like the feelings of flipping the paper one by one kot, instead of clicking the mouse.

berbalik kpd link di atas. what the heck is happening to indon nih? like seriously. baling batu, baling najis and all. wah2. banyak sungguh masa terluang anda utk main baling-baling barang nih. =.=.
mahu boikot barang? mahu sekat kemasukan rakyat-rakyat anda? silalah.sila-sila. psl boikot barang tuh, im not that sure how it would effect the economy since i have no idea berapa banyak brg mysia yg dihantar ke indon.tp kalau bab kemasukan rakyat-rakyat indon bertuah itu, mmg sgt dialu-alukan pun.mungkin org mysia dh boleh tuka selera amik maid-maid phillipine pulak ke? construction-construction site sume leh cuba environment baru dgn memperbanyakkan jejake-jejake bangla instead of mas-mas joko moko sekalian. ah.tp kalau ramai yg masuk secare illegal.mmg xgunalah nak wat sekatan.duh!



well,whatever it is, i have to cancel my vacation to bandung next year.since ade org tuh chicken sgt nak pegi.takut kene baling dgn *tutttt*. haih. dissapointed.and maybe, bali no more =.=.

makanya marilah kita explore habis-habisan pantai-pantai di malaysia~ wehuu






notatangan: i LOVE the idea of having to travel by plane. the check-in process, imigration scanning, cop-mengecop pasport, sengih-sengih dpn FA, tunggu-menunggu kat boarding gate, take off, landing, "im your capten for today", "enjoy your flight"~semua nih sgt mengujakan tahu!


well, thats all for now.NEED to watch my every wed and thurs drama (ill do the review later,maybe?) till i 'see' you again peeps.enjoy your day~!

the good old days



i went friendster-surfing and just realized that i havent been on friendster since 2008! fuh. sunnguh lah FB nih dh take over everything. tp frenster pn dh ala-ala FB-wannabe.can tag photos and the layout pun dh makin maju.hello teah, 2 tahun kot. xkan ko harap fs msh cm zmn kau awal 20-an dulu =. =

talking about the primary pic that i had on fs. a two years old picture of me and shakhir.the picture was taken when we went for a day trip to taiping. saja aja mengenangkan zmn2 muda remaja dulu. things doesnt change much pun. im still with the same person cuma without the glasses lah. he went for lasik surgery last year.ok.that was another story.

bila tgk2 kat fs tuh, bila baca balik semua komen2 kat gambar2, komen2 on the page itself. rase mcm malu plak. blushing sorg2. "asal lah aku ckp gini" "My God! apa lah dlm kepala otak time nih!" haaa..cuba korg bukak balik fs (only applicable to those yg dah berkurun xbukak fs) or maybe try bace balik entry2 lame kt blog tuh.mesti akan pikir benda yang sama.kan?
boleh gelak guling-guling kalau tgk balik sume benda tuh.embarassing, tapi i still find it cute. :). im not saying that im now matured-ly enough (macam xmake sense pulak.abaikan) and i admit that i still have that tiny bits of childishness inside me.yeah.

however, it was good tho, looking back at how we were during our younger years cause then we'll see how far we've come :).dont you agree?


day one

fuh.blog nih probably my 4th or or maybe juga 5th blog. kalau org lain buat blog hopping from one blogger to another.mine was a complete different story. i do blog hopping within my own blogs.oh.mmg obsess.
i keep on changing from blogspot to wordpress then to blogspot again.then go for a co-joint blog with mr.bf.macam lalang!

however, since i had a total (probably final) 'blow' recently (dont ask me what, ill reveal it later if i have the courage to talk about it)..i FINALLY (hopefully) decided to delete my previous blogs and will from now on concentrate on 'one at a time'.


notatangan : thanx anie-chang for the ideas.you even came up with the what-teah-shud-do list. i couldnt ask more ;)